Hati Mukmin


Mengalirlah air mata mukmin atau mengalirlah air mata hatinya bila mengingat Tuhannya

Malunya hati mukmin bila mengenang Rahim dan Rahman Tuhan, anugerah dan pemberian-Nya

Remuk-redamlah hatinya bila teringat Qahhar dan Jabbar-Nya

Kecut perutnya bila teringat hukuman dan azab-Nya

Resah gelisah jiwanya bila melakukan dosa

Sedih hatinya bila lalai dengan Tuhannya, kemudian sedar semula

Tidak tentu arah rasa hatinya bila terbuat kesalahan dan kesilapan

Hati mukmin tidak pernah tenang dengan Tuhannya, tapi tenang dengan dunianya

Jiwanya sentiasa sahaja bergelombang terhadap Tuhannya

Jiwanya bagaikan air lautan tidak pernah tenang

Kalaulah bukan kerana ada kewajipan masyarakat yang patut dipertanggungjawabkan

Sudah tentu mereka suka bersendirian

Atau membawa diri berkelana bersama Tuhannya

Atau menyisihkan dirinya dari masyarakatnya

Kerana terlalu memikirkan diri terhadap Tuhannya

Begitulah hati seorang mukmin

Sentiasa gundah-gulana

Oleh itu mereka tidak sempat memikirkan hal orang lain

Kerana terlalu memikirkan nasib dirinya

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi